Pages

Tuesday, August 3, 2010

Nak kongsi SESuatu>>>


dalam proses pembaikan diri ni.aku banyakkan masa dengan membaca..so jalan-jalan jumpa artikel ni, walaupun kecil tapi sangat padat dengan makna yang tersirat...jadi sama-samalah kita jadikan pedoman insyaallah..


Malah Saidina Ali (r.a) telah berkata, akhlak dan laku adalah asas pokok iman. Orang yang mencintai Allah , dia berhati hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w)"Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"


Oleh itu janganlah menghampiri fitnah, yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong, dan main main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja; sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara; jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ; tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.. Janganlah sahabat sahabatku menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.

(dipetik dari:blog musafir ilahi)

No comments:

Post a Comment