Pages

Sunday, October 24, 2010

mampUKAH aku???



bissmillahhirahhmanirrahim


alhamdulillah...dalam bejalan2 keliling dunia hari ini...akhirnya dapat kembali menjejaki ke laman yg dah lama aku tinggalkan...

www.genta rasaa.com

lama dah x kesana,dengan pelbagai tugasan yang perlu dilunaskan mebuatkan aku begitu sesak dengan masa yg makin pantas memotong aku...huhu dan sebenarnya aku juga telah lalai juga dari halaman fokus kembara ku...kadangkala aku melencong ke tempat lain...huhu masyaallah lalai dan leka dengan dunia hingga aku lupa akan cinta sebenar padaNYA seketika nauzubillah...ampunkan aku YA ALLAH...

kemudian setelah ke genta rasa,aku lihat bnyak benar perubahan...suka sngat akan perubahan tersebut pemandngan dh cntik menari dan lebih tersusun...ustaz pahrol md joui TAHNIAH!

kemudian bnyak entri baru,sngt lega sebab dh lama menantikan karya baru...

alhamdulillah banyak sngt karya2 baru yang dpt menjadi penyuluh jalan...
namun aku pon x pasti mampukah aku untuk terus kuat menjadikan ilmu tadi yang telah ku baca dan selami untuk aku jadikan pegangan jalan...

benar kata ustaz jalannya memamng sukar namun itulah yang paling bahagia....

mudah2han diri ini akan terus lembut hati untuk terus kuat berada dilandasan benar ini amin....

sesungguhnya melawan segala hawa nafsu memang sukar namun ada jalan dan caranya...mudah2han dapatlah aku terus kuat melawan hawa nafsu diriku ini sendiri..sesungguhnya aku juga kadangkala tewas dengan pujuk rayunya...huhu


mudah2han istiqamah, kesedaran dan ketengan ini akan berterusan walaupon kecil dan perlahan..amin

dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

Friday, October 22, 2010

meeting...kuala Lumpur DAn peristiwa itu...



alhamdulillah... setelah bnyak masa di luangkan untuk meetg pada 21.10.2010 lalu,akhirnya segalanya telah berakhir dgn baik dn lancar sekali... nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada yg telah bnyak membantu untuk perbentangan tersebut...

pemergian aku ke kuala lumpur bagi menghadiri mesyuarat disana amatlah memberi kesan besar pada jiwa ini...aku sngt terkesan dan dengan apa yang berlaku baru-baru ini sngt menggetarkan seluruh jiwa dan naluri, untuk aku terus berfikir dan menilai makna sebenar hidup ini....

setelah tiba pada jam 11.30 malam di kajang aku dn 2 lagi teman terus ke 'uptown hotel' utk check in kerana masing2 sngt penat dn mngantok...setelah check in,aku dan liza bersiap ala kadar untu meetg esok kemudian tanpa membuang masa kerana telah larut malam kami terus lelapkan mata...


21.10.2010 hari yg dinantikan,seawal 6.20 aku telah dikejutkan oleh liza kerana kmi telah terlewat bngun..bergegas aku dan liza bersiap kerana menyangka meetg trsebut 8.30 pg bermula....aku siap dgn seadanya dn dlm hati dn benak fikir hnya focus pd perbentangan sebentar lg saja...walaupon aku belom menjamah apa2 makanan diawal pg tersebut.....

dalam perajalan ke sungai besi destinasi mesyuarat...masyaallah..kereta sngt la bnyak...aku pon yg x bapa tahan perjalanan terasa akan sedikit pening kerana sekejap2 driver ku akan menekan brek kerana terlalu sesak...huhu sedih rs dalam hati namun ku gagahkan jua demi tugas utama kerjaya ku...

dalm mengejar waktu, pemanduku berkata "jika begini keadaan jalan maka x smpatla untuk km singgah makan..." oleh itu aku segera melihat kembali surat panggilan mesyuarat yg ada dalam fail disebelahku...

"alhamdulillah...masih smpat kata ku",kerana mesyuarat mula jam 9.30 pagi..km bertiga bersorak girang kerana dapat mengisi perut masing2 dgn juadah yg diidam-idamkan tanpa terkejar2 heeeee.....

"disinilah segala nya bermula...."

km berhenti disatu gerai tepi jalan di kajang...nama warung tersebut "warung hidayat..."

aku dan liza serta pemanduku berjalan beriringan masuk ke warung tersebut...dari jauh aku terpesona dn agak ralit menlihat satu kereta yg parking betol2 didepan warung tersebut...

seperti biasa kegemaranku suka sngt melihat kereta2 mewah sb entah mmg hobi aku kerana sngt suka melihat design kereta2 buatan luar ni sbnarnya...

kereta tersebut silver,honda civic keluaran baru..fuhhhhhhhhhhhh sngt cntik! bekilat !!!spotrim dia pergghhh cantik sngt!

kemudian dlm melangkah ke dlam kedai, aku sngt tertarik kepada satu pemuda yg ada di salah satu meja yg ada di dalam kedai tersebut, orangnya berbadan tegap ..mmmm..rupa fizikalnya menarik boleh tahan...umornya dlam lingkungan 30-40an, bisikku dalam diam...

aku sempat melihatnya dengan ekor mata kerana x mahu disedari oleh dirinya...dia makan dgn khusyuk smbil membaca suratkhabar.... bisik aku dalam hati mamat ni msti kerja bagus! sb pakai baju batik msti keja kerajaan dan baju batik yg dipakainya sngt cntik oren lg...mmg nmpak eksklusif....dn aku dpt mngagak yg kereta yg terpakir kemas diluar tu msti kepunyaan dia!~ getus aku dalam hati sendirian....


kemudian aku berlalu bersama teman lain mengambil makan, kemudian kami bertiga duduk dibelakang meja pemuda tersebut tapi di barisan yg lain, dia di lorong kanan kami di lorong kiri...walau begitu aku dapat melihatnya dgn tepat kerana jarak kedudukan meja yg x berapa jauh....

dlm enak melayan selera, aku lihat dia kalut mencari sesuatu di poket seluarnya rupanya ada panggilan masuk...

dia mnjawab pnggiln masuk dgn nada yg sngt riang dn kemas cakapnya...seperti dia bercakap dgn kenalan rapat kerana sngt gembira dn dekat percakapan yg dibualkan mereka...mugkin teman sekerja dia kata ku lgi dalam hati...

kemudian x semena-mena dia bngun menoleh ke belakang! aku terkejut kerana aku mmg dr td asyik memandang dia dari belakang...huhu malu cmpur terkejut lantas aku tundukan pndgan serta merta buat2 jamah nasi yg ada dipinggan...

semasa dia berlalu aku sngt heran dengan bunyi yang kedengaran seperti mengekori dirinya....aku mencari2 bunyi tersebut untuk mentafsir apa yg berlaku............


ya allah....

aku pantas memejamkan mataku berfikir sejenak..ya allah...ampunkan aku!
ya allah..segala rungutku selama ini aku pohon ampunanmu....

rupa2nya dia cacat anggota kakinya...dia berjalan dgn meneyeret kedua2 belah kakinya...

waktu dia kembali melalui meja ku setelah membayar makanan aku lihat akan apa yg dialaminya...

waktu itu aku sngt terkesan hingga saat aku menyampaikan semua catatan hati sepanjnag disana ini....

hatiku menjadi sayu melihat dirinya,kesian simpati dll bercampur baur dalam benakku minta untuk diperhalusi sedalam-dalamnya...

aku jadi semakin insaf dan sedar akan segala kesilapan ku yg lalu...

aku menjadi ingt akan kebesaran allah s.w.t akan kebesarannya dn kekerdilan dan kelalainya diri ini...

aku berfikir dgn bnyaknya ttg pemuda tersebut hingga kini, dia yg sngt istimewa itu entah bagaimana dia melaui hari2 dlm hidupnya....?

entah bagaimana dia mnjana kekuatan dn motivasi dirinya hingga dpt berada di tahap sekarang?

bagaimana dia dapat melalui setiap mata yg memandang akan apa yg di anugerahkan allah padanya itu???

pernahkan dia putus asa dgn hidup ini?

pernahkan dia menangis dngn apa yg di laluinya?

ya allah bnyak benar yg bermain di akalku sejak aku melihat dirinya.....

aku sngt rs silap kerana tidak bertnyakan ttg dirinya dgn lanjut pd hari tersebut....kerana perasaan ingin tahu yg amat membuak dlm diri ini sering mengintai meminta jwapan pada pelbagai persoalan yg ada...kerana iingin benar aku mencatatkan pelbagai catatan menarik dirinya, untuk dijadikan motovasi dlam kelana aku dibumi sementara ini...namun aku sngt malu pada ketika itu untuk berbuat demikian...huuuuuuuuuu

ya allah...aku jadi insaf dgn apa yg telah dia lalui..sesungguhnya aku terfikir kembali..kadangkala kesusahan orang lain itu menjadi kekuatan pada orang lain sperti aku dn kejadian tersebut....dan mugkin juga apa yang menjadi kelemahan padanya itulah yng mebuatkan dia terus gagah memperjuangkan kehidupannya dengan terus kuat...

kelemahan pemuda tersebut telah membuatkan aku untuk menginsafi segala kesilapan2ku..rungutan2ku...dan kelalaian aku sndiri...walaupon aku ini lebih smpurna anggota dari pemuda tersebut namun aku selalu mudah putus semngat, putus harapan dll ...

sejak dr itu,aku mula berfikir dgn lebih baik dan lebih bersyukur dngan apa yg telah aku perolehi kini. sesungguhnya, keperitan yg aku alami ini hanya secebis namun apabila diluaskan pandangan mata hati ini,barulah aku dapat menyusup hingga ke akar sebanrnya ada insan lain yang melalui saat2 hidupnya dengan lebih sukar,lebih derita cuma aku yang tidak cuba untuk menilai dan menyedarinya...allah huakkbar

ya allah ampunkanlah aku...................

Sunday, October 17, 2010

ya ALLAH...sakitnya...

tidurku agak lewat semalam....
hari ni terus aku datang bekerja seperti rutinnya..

selepas jam berbunyi menunjukkan pukul satu,aku terus capai tumbler aku dn terus ke bilik rehat untuk bersandar kerana terasa sedikit pening cuba menjengah di kepala...

sebelum aku masuk ke bilik tersebut,aku sempat melihat buku MIDI keluaran terbaru di atas meja anak buah ku, kepunyaan KAK SANIAH...
lantas aku capai dn membawa nya ke sofa untuk akau baca habuan peneman rehat yg semntara ada itu...

sangat terkesan dengan pelbagai ilmu baru yang dapat dngn membaca...namun aku tak dapat sngt untuk tumpu akan bacaan tersebut kerana denyut kepala ku semakin kuat...aku cabut spek dari mata dn memicit2 tengkuk namun ia x juga hilang...

ya allah..sakitnya kepala ini...

kemudian aku tamatkan bacaan...aku segera ke bilik air mencuci muka dan kembali ke bilik untuk teruskan tugas....

dalam pada aku menaip bait2 ini mata ini semakin berat dn pedih mungkin kesan dr sakit dan denyut yg berlaku di kepala ini....

ya allah....sangat sakit..
ya allah..aku terima sakit ini...
ya allah redakanlah dan hilangkanlah lelah ini agar aku bisa kembali focus dalam tugasan di hari isnin permula hari ini...amin

aku masih x dapat hilangkan sakit ini, denyutnya makin terasa...lalu aku cuba bersandar, menarik nafas perlahan lahan....memejamkan mata dan rehat seketika....

dalam hati, aku berbisik mahu waktu ini segera berlalu agar aku cepat pulang ke rumah kerana ingin benar aku baring dan lelapkan mata ini....

Saturday, October 16, 2010

seGAlanyA itu ketenTUAnnya...




Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku
di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di
hati...

Saturday, October 2, 2010

aku TABAH dalam rebah~



coretan di permualaan hari...meluah rasa paku dihati,

ya allah ku adukan resah ini padamu, moga kau menjadi peneman setiap helaan nafas yang berhembus...

segalanya sangat sukar untuk ditelan...berat untuk dipikul..payah diingat sukar dilupus...

ya allah tabahkan hati ini,agar langkahku kembali menjejak bumi,ayunan nya kemas kembali, tak lagi sepi seperti ini.

ya allah temanilah aku susah senangku agar aku dekat padamu,agar jatuh bangun ini hanya untukmu...

dalam meniti kepayahan yang jenuh ini,hanya air mata mampu menemani,kerana tiada siapa yang mengerti...namun aku redha...

ya allah terima kasih kerana dalam duka kau tetap berikan ku cahaya, mengurniakan beberapa isi alam menjadi penguat jalan dalam meneruskan kelana dunia....

walau jauh di kejauhan yang merentasii namun ilmu diberi sangat dekat dihati...mereka sentiasa kuat menjadi pembimbing...

aku makin pulih...alhamduillah,mungkin ini doa dari mereka juga...yang salu harapakn aku bahagia, tertawa semula...

d dan z terima kasih kerana salu ada,walau bukan dimata namun dihati tetap salu lekat dlm jiwa...terima kasih... doa ku,moga kamu berdua salu bhagia dititipkan barokah dlm apa jua perkara amin...

antara yang diberi ingin benar dikongsi,
mudah2han yang bersituasi begini, dapat menjadikan pedoman melalui hari-hari nanti...

1. "Biasakanlah melafazkan "Ya dzal jalali wal ikram." (Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemulian)

2.ketahuilah bahawa manusia itu lemah. Dia perlukan pertolongan..
jangan sesekali berputus asa dengan rahmat tuhan..kerana,

"Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf, 12:87)

3.Allah swt memberikan ujian kepada hambanya, adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita,
untuk kita sedar bahawa tidak ada jalan lain, hanya Dia sahaja yang mampu membantu kita.
Sekiranya kita tidak sedar hakikat tersebut, maka ujian itu hanya menjadi membuahkan kemaksiatan
dan kesyirikan dalam hati.

4.banyakkan istigfar...bila dh x tertahan pejamkan mata dan zzzzzz...tido..

5.Dampingilah sahabat-sahabat yang baik, yang boleh memberikan nasihat-nasihat
berguna. Allah menyalurkan kasih sayangnya melalui hambaNya yang bertaqwa.





ya allah terima kasih kerana menemukan kami...ya allah ku pohon padamu,berkatilah persahabatan yang terjalin ini,beri kami kekuatan agar kami teguh dalam menjaga hati-hati kami...amin... semoga sejahtera salu kalian semua...