Pages

Tuesday, July 27, 2010

TERUSKAN PERJUANGAN!~ TERUSKAN PENJANAAN!~


lepasni...focus utama adalah perjuangan ku...!~


mudah-mudahan segala-galanya yang telah dinotakan dihati ini dapat dijana dan dijana dan diteruskan dengan penuh kekuatan dan semangat...


ya allah...aku pohon kekuatan dan petunjukmu darimu dalam kembara ku ini agar segalanya dapat berjalan dengan baik dibawah rahmatmu..wahai tuhanku...


Pimpinlah aku...amin..

dihati~


~ketahuilah.....~

ingin AKU khabarkan....~


Antara dua cinta


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman


Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan Nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang


Tuhan, leraikanlah duniaYang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu

Mengumpul dua cinta
Hanya cinta Mu yang

ku harap tumbuhDibajai bangkai dunia yang ku bunuh


petikan :genta rasa.com

ku BiARKAN ianya pergi....


alhamdulillah...segala pujian aku panjatkan ke hadrat illahi...kerana disepanjng perjalan hidup ini kekuatan yang diberikan untuk aku membuat keputusan sentiasa ada...tanpa kekuatan darinya mana mungkin aku mampu untuk terus berdiri hingga ke saat ini...


alhamdulillah...apa yang bersarang di hati ini telah aku warkahkan padanya...dan kini dia telah benar-benar mengerti dan sangat faham..kini aku benar-benar lega dengan apa yang telah kami putuskan...


ya allah...berikanlah petunjuk hidayah dan barakah mu pada aku dan dia agar kami dapat mengecapi yang terbaik untuk masa depan kami juga yang terbaik disisimu~


aku redha dan terima ini semua sebagai ketentuan darimu..mungkin inilah rahsia mu yang terbaik yang ada hikmah dibalik ini semua...


kini semuanya telah berlalu...28.07.2010 hari ini aku mahu segalanya terbang bersama angin lalu dan redup pagi pada saat ini...semoga ini semua akan terus pergi dan takkan berpaling lagi...


ya allah..ampunkan aku...atas apa ynag telah berlaku....

Monday, July 26, 2010

ISNIN-26.07.2010 keje.........


alhamdulillah...semua dah berlalu dengan baik...hari ni keje..KERJALAH!!!!!!!!!!!!!!!!


buat teman-teman yang telah selamat pulang dari langkawi..terima kasih kerana telah membawa buah tangan yang sangat manis...coklat tu akan membuatkan aku ingt pada hampa semua...heeee mudah-mudahan ikatan persahatan kita akan terus mekar terjalin seperti manisnya coklat yang dibeli tu..heee


LIZA...SITI..ADIKLIN..SIRIWAN TERIMA KASIH KERANA INGATKAN AKU DAN KAWAN-KAWAN LAIN DENGAN MEMBAWA BUAH TANGAN YANG SWETT BANGAT TU...


MUDAH-MUDAHAN IKATAN UKHWAH YANG TERJALIN INI AKAN TERUS TERJALIN DIDUNIA DAN AKHIRAT KELAK AMIN...

~family dinner at kuala perlis>


sbelah malam sabtu, makan sekeluarga yg km dikberadik rncngkan alhamdulillah terlaksana dgn jayanya gak...semua pakat kenyag dn puas hati...km belasah cukup2 semuanya yg order malam tu..heee balik umah tros tido semua sb dh penat...SEMUA DAPAT MKAN, HEPY... SNGT BERBALOI WALAUPUN LAMA TGGU UTK BERKUMPUL NAMUN AKHIRNYA BERJAYA JGA..ALHAMDULILLAH AMIN...

Sunday, July 25, 2010

cuti vs penat vs riuh=alhamdulillah~


fuuuhhhh!! cuti kali ni sngt penat tp alhamdulillah semua yg dirncg bjlan baik dn lancar....mana x pnt..semua anak cucu menantu 'tok teh' berkumpul jadi sngt penat dn riuhlah..heee  .: alhamdulillah...WINDU KAT ANAK MENAKAN DH LEPAS ALHAMDULILLAH PUAS DPT TGK DEPA HEPY MEMBESAQ HEEE....TGK GELAGAT DN KARENAH DEPA TU SNGT RELEASEKAN DIRI INI, BLA DOK SORANG2 INGT PERISTIWA NGAN DEPA BT AKU GELAK SNDIRI..HAHA ITULAH PENANGAN 'BEBUDAK' GETUS KATA AKU DALAM HATI...ALIFF,TIAH N FARWIZAH...MEMBESARLAH JD ORG YANG BERGUNA PD AGAMA KELUARGA DN NGRA...AMIN... 

selamat sudah alhamdulillah...


BACAAN YASSIN,  alhamdulillah semuanya dh selamat...semua tumpang seronok dn dpat sama2 ambik manfaat...terima kasih semua yg telah bg kerjasama dn mai untuk menjadikannya lebih harmoni dan berkat~ hujan renyai dan angin sepoi ptg tersebut mengiringi niat hati ku mudah2han allah mendengar dan menerima ibadah kecil  ini disisinya amin...mak tima kasih bnyak faham dn bantu utk realisasikan hajat cik!! cayang mak!

Thursday, July 22, 2010

Mudah-mudahan niat ini terus kuat dan bertahan...


Ini kali pertama ada blog sendiri...alhamdulillah rasa seronok dpt buat sendiri dengan tunjuk ajar dari kawan-kawan...


Terima kasih LIZA.. sebab sudi ajar dan buatkan blog ni untuk kawanmu ini...tanpa tunjuk ajar dari liza tak mungkin akan ada semangat untuk jadikan medan ini untuk aku nukilkan sesuatu buat semua...


Sebenarnya niat untuk menulis disini aku ingin benar lakukannya kerana ingin memberikan sedikit sebanyak muhasabah pada diri ini dan berkongsi lebih banyak ilmu pengetahuan baru untuk dijadikan pedoman penyuluh jalan ke arah kehidupan yang diberkati...


Aku ingin jadikan medium bertulis ini sebagai salah satu jihadku untuk terus berjuang di jalan Allah S.W.T dengan caraku sendiri...walaupun kerdil dan kecil tulisan dan ilmu yang diberikan , mudah-mudahan mampu memberi sedikit sebanyak kesan dan kekuatan kepada setiap yang membacanya insyaallah..amin...

Wednesday, July 21, 2010

alhamdulillah..segala pujian pada YANG ESA~


SEBELUM NI, aku hanya gadis biasa...yang biasa sngt...alhamdulillah...kini aku lebih tenang dengan apa yang aku kecapi kini...ya allah terima kasih kerana sudi menyelamatkan aku dan menyuluhi diri ini ke jalan benarmu....


kini, dalam aku meniti hari-hariku..aku lebih tenang kerana aku tahu akan ketetapan dan ketentuan yang diberikan menguatkan jalanku...


aku benar-benar terkesan apabila aku temui ini................................



Ya Allah…
Ampunilah dosaku
kerana mengutamakan yang lain selain-MUYa Allah…
kuserahkan hati yang berdosa ini kepada-Mu
KAUlah sebaik-baik Pentadbir

Ya Allah
hadirkan KAU dalam hati ini
Aku tidak mampu mengawal hatiku sendiri
Engkau Maha Hebat ya Allah


Ya Allah
Ku adukan resah hatiku ini
Kumohon tenang hakiki
Untuk berehat di bawah naungan rahmat-MU

Ya Allah
Aku mohon sangat
Aku harap amat
Segala-galanya akan selamat
Dapat kiranya kutagih berkat
Untuk duniaku juga akhirat


Ya Allah,Berilah aku ketenangan
Pulihkan hatikuAgar berani dan tabah…
Untuk menuju-MU!

(Nukilan:gentarasa.com)


alhamdulillah kini aku lebih kenal siapa diriku yang sebenar..bukan gadis biasa yang bertukar ke luar biasa heeee :) tapi aku gadis biasa yang mahu terus berada dijalan maha esa, yang dari hari ke hari mahu sentiasa perbaiki diri menuju alam sana yang kekal tiada tandingya~.....amin..

pEngorbanan biase...


jumaat 23.07.2010kenduri bacaan yassin kt umah...ini kali pertama akan dibuat..alhamdulillah semua ahli keluarga hepy dn pakat mau tolong bagi jadi untuk esok...


namun dalam gembira aku pohon allah kuatkan iman untuk terus tabah dan tenang kerana aku xakan dapat bersama-sama semua dalam kenduri besok....tugas yang digalas tetap menjadi keutamaan kerana segalanya aku mahu lakukan demi niat yang satu pada yang esa..demi tugas aku terpaksa...mudah-mudahan semua akan berjalan lancar walau xpa keberadaan aku di umah besok...


walau dimana jua aku berada niat untuk keluarga dan demi tuhanku..aku akn ingat sampai bila-bila amin....

windu tahap gaban


tiah...farwizah...n suma maksu windu balik la cepat2 esok na!!!!!