Pages

Saturday, October 2, 2010

aku TABAH dalam rebah~



coretan di permualaan hari...meluah rasa paku dihati,

ya allah ku adukan resah ini padamu, moga kau menjadi peneman setiap helaan nafas yang berhembus...

segalanya sangat sukar untuk ditelan...berat untuk dipikul..payah diingat sukar dilupus...

ya allah tabahkan hati ini,agar langkahku kembali menjejak bumi,ayunan nya kemas kembali, tak lagi sepi seperti ini.

ya allah temanilah aku susah senangku agar aku dekat padamu,agar jatuh bangun ini hanya untukmu...

dalam meniti kepayahan yang jenuh ini,hanya air mata mampu menemani,kerana tiada siapa yang mengerti...namun aku redha...

ya allah terima kasih kerana dalam duka kau tetap berikan ku cahaya, mengurniakan beberapa isi alam menjadi penguat jalan dalam meneruskan kelana dunia....

walau jauh di kejauhan yang merentasii namun ilmu diberi sangat dekat dihati...mereka sentiasa kuat menjadi pembimbing...

aku makin pulih...alhamduillah,mungkin ini doa dari mereka juga...yang salu harapakn aku bahagia, tertawa semula...

d dan z terima kasih kerana salu ada,walau bukan dimata namun dihati tetap salu lekat dlm jiwa...terima kasih... doa ku,moga kamu berdua salu bhagia dititipkan barokah dlm apa jua perkara amin...

antara yang diberi ingin benar dikongsi,
mudah2han yang bersituasi begini, dapat menjadikan pedoman melalui hari-hari nanti...

1. "Biasakanlah melafazkan "Ya dzal jalali wal ikram." (Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemulian)

2.ketahuilah bahawa manusia itu lemah. Dia perlukan pertolongan..
jangan sesekali berputus asa dengan rahmat tuhan..kerana,

"Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf, 12:87)

3.Allah swt memberikan ujian kepada hambanya, adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita,
untuk kita sedar bahawa tidak ada jalan lain, hanya Dia sahaja yang mampu membantu kita.
Sekiranya kita tidak sedar hakikat tersebut, maka ujian itu hanya menjadi membuahkan kemaksiatan
dan kesyirikan dalam hati.

4.banyakkan istigfar...bila dh x tertahan pejamkan mata dan zzzzzz...tido..

5.Dampingilah sahabat-sahabat yang baik, yang boleh memberikan nasihat-nasihat
berguna. Allah menyalurkan kasih sayangnya melalui hambaNya yang bertaqwa.





ya allah terima kasih kerana menemukan kami...ya allah ku pohon padamu,berkatilah persahabatan yang terjalin ini,beri kami kekuatan agar kami teguh dalam menjaga hati-hati kami...amin... semoga sejahtera salu kalian semua...

3 comments:

  1. hmmm ku tau hg cuba bina kembali semangat hg yg hilang tu..ku doakan hg tabah hadapisemuanya..hadapi segalnya dengn senyuman..kerna Allah Maha mengetahui

    ReplyDelete
  2. ya..segala-galanya masih ku ingt..
    mudah2han ia akan terus mnjadi kekuatan untuk aku teruskan langkah ini..

    teman2ku tersayang terima kasih atas doa dn semngt itu...mudah2han segalanya dibrkati allah..amin..

    ReplyDelete