Pages

Sunday, October 17, 2010

ya ALLAH...sakitnya...

tidurku agak lewat semalam....
hari ni terus aku datang bekerja seperti rutinnya..

selepas jam berbunyi menunjukkan pukul satu,aku terus capai tumbler aku dn terus ke bilik rehat untuk bersandar kerana terasa sedikit pening cuba menjengah di kepala...

sebelum aku masuk ke bilik tersebut,aku sempat melihat buku MIDI keluaran terbaru di atas meja anak buah ku, kepunyaan KAK SANIAH...
lantas aku capai dn membawa nya ke sofa untuk akau baca habuan peneman rehat yg semntara ada itu...

sangat terkesan dengan pelbagai ilmu baru yang dapat dngn membaca...namun aku tak dapat sngt untuk tumpu akan bacaan tersebut kerana denyut kepala ku semakin kuat...aku cabut spek dari mata dn memicit2 tengkuk namun ia x juga hilang...

ya allah..sakitnya kepala ini...

kemudian aku tamatkan bacaan...aku segera ke bilik air mencuci muka dan kembali ke bilik untuk teruskan tugas....

dalam pada aku menaip bait2 ini mata ini semakin berat dn pedih mungkin kesan dr sakit dan denyut yg berlaku di kepala ini....

ya allah....sangat sakit..
ya allah..aku terima sakit ini...
ya allah redakanlah dan hilangkanlah lelah ini agar aku bisa kembali focus dalam tugasan di hari isnin permula hari ini...amin

aku masih x dapat hilangkan sakit ini, denyutnya makin terasa...lalu aku cuba bersandar, menarik nafas perlahan lahan....memejamkan mata dan rehat seketika....

dalam hati, aku berbisik mahu waktu ini segera berlalu agar aku cepat pulang ke rumah kerana ingin benar aku baring dan lelapkan mata ini....

No comments:

Post a Comment