Pages

Friday, October 22, 2010

meeting...kuala Lumpur DAn peristiwa itu...



alhamdulillah... setelah bnyak masa di luangkan untuk meetg pada 21.10.2010 lalu,akhirnya segalanya telah berakhir dgn baik dn lancar sekali... nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada yg telah bnyak membantu untuk perbentangan tersebut...

pemergian aku ke kuala lumpur bagi menghadiri mesyuarat disana amatlah memberi kesan besar pada jiwa ini...aku sngt terkesan dan dengan apa yang berlaku baru-baru ini sngt menggetarkan seluruh jiwa dan naluri, untuk aku terus berfikir dan menilai makna sebenar hidup ini....

setelah tiba pada jam 11.30 malam di kajang aku dn 2 lagi teman terus ke 'uptown hotel' utk check in kerana masing2 sngt penat dn mngantok...setelah check in,aku dan liza bersiap ala kadar untu meetg esok kemudian tanpa membuang masa kerana telah larut malam kami terus lelapkan mata...


21.10.2010 hari yg dinantikan,seawal 6.20 aku telah dikejutkan oleh liza kerana kmi telah terlewat bngun..bergegas aku dan liza bersiap kerana menyangka meetg trsebut 8.30 pg bermula....aku siap dgn seadanya dn dlm hati dn benak fikir hnya focus pd perbentangan sebentar lg saja...walaupon aku belom menjamah apa2 makanan diawal pg tersebut.....

dalam perajalan ke sungai besi destinasi mesyuarat...masyaallah..kereta sngt la bnyak...aku pon yg x bapa tahan perjalanan terasa akan sedikit pening kerana sekejap2 driver ku akan menekan brek kerana terlalu sesak...huhu sedih rs dalam hati namun ku gagahkan jua demi tugas utama kerjaya ku...

dalm mengejar waktu, pemanduku berkata "jika begini keadaan jalan maka x smpatla untuk km singgah makan..." oleh itu aku segera melihat kembali surat panggilan mesyuarat yg ada dalam fail disebelahku...

"alhamdulillah...masih smpat kata ku",kerana mesyuarat mula jam 9.30 pagi..km bertiga bersorak girang kerana dapat mengisi perut masing2 dgn juadah yg diidam-idamkan tanpa terkejar2 heeeee.....

"disinilah segala nya bermula...."

km berhenti disatu gerai tepi jalan di kajang...nama warung tersebut "warung hidayat..."

aku dan liza serta pemanduku berjalan beriringan masuk ke warung tersebut...dari jauh aku terpesona dn agak ralit menlihat satu kereta yg parking betol2 didepan warung tersebut...

seperti biasa kegemaranku suka sngt melihat kereta2 mewah sb entah mmg hobi aku kerana sngt suka melihat design kereta2 buatan luar ni sbnarnya...

kereta tersebut silver,honda civic keluaran baru..fuhhhhhhhhhhhh sngt cntik! bekilat !!!spotrim dia pergghhh cantik sngt!

kemudian dlm melangkah ke dlam kedai, aku sngt tertarik kepada satu pemuda yg ada di salah satu meja yg ada di dalam kedai tersebut, orangnya berbadan tegap ..mmmm..rupa fizikalnya menarik boleh tahan...umornya dlam lingkungan 30-40an, bisikku dalam diam...

aku sempat melihatnya dengan ekor mata kerana x mahu disedari oleh dirinya...dia makan dgn khusyuk smbil membaca suratkhabar.... bisik aku dalam hati mamat ni msti kerja bagus! sb pakai baju batik msti keja kerajaan dan baju batik yg dipakainya sngt cntik oren lg...mmg nmpak eksklusif....dn aku dpt mngagak yg kereta yg terpakir kemas diluar tu msti kepunyaan dia!~ getus aku dalam hati sendirian....


kemudian aku berlalu bersama teman lain mengambil makan, kemudian kami bertiga duduk dibelakang meja pemuda tersebut tapi di barisan yg lain, dia di lorong kanan kami di lorong kiri...walau begitu aku dapat melihatnya dgn tepat kerana jarak kedudukan meja yg x berapa jauh....

dlm enak melayan selera, aku lihat dia kalut mencari sesuatu di poket seluarnya rupanya ada panggilan masuk...

dia mnjawab pnggiln masuk dgn nada yg sngt riang dn kemas cakapnya...seperti dia bercakap dgn kenalan rapat kerana sngt gembira dn dekat percakapan yg dibualkan mereka...mugkin teman sekerja dia kata ku lgi dalam hati...

kemudian x semena-mena dia bngun menoleh ke belakang! aku terkejut kerana aku mmg dr td asyik memandang dia dari belakang...huhu malu cmpur terkejut lantas aku tundukan pndgan serta merta buat2 jamah nasi yg ada dipinggan...

semasa dia berlalu aku sngt heran dengan bunyi yang kedengaran seperti mengekori dirinya....aku mencari2 bunyi tersebut untuk mentafsir apa yg berlaku............


ya allah....

aku pantas memejamkan mataku berfikir sejenak..ya allah...ampunkan aku!
ya allah..segala rungutku selama ini aku pohon ampunanmu....

rupa2nya dia cacat anggota kakinya...dia berjalan dgn meneyeret kedua2 belah kakinya...

waktu dia kembali melalui meja ku setelah membayar makanan aku lihat akan apa yg dialaminya...

waktu itu aku sngt terkesan hingga saat aku menyampaikan semua catatan hati sepanjnag disana ini....

hatiku menjadi sayu melihat dirinya,kesian simpati dll bercampur baur dalam benakku minta untuk diperhalusi sedalam-dalamnya...

aku jadi semakin insaf dan sedar akan segala kesilapan ku yg lalu...

aku menjadi ingt akan kebesaran allah s.w.t akan kebesarannya dn kekerdilan dan kelalainya diri ini...

aku berfikir dgn bnyaknya ttg pemuda tersebut hingga kini, dia yg sngt istimewa itu entah bagaimana dia melaui hari2 dlm hidupnya....?

entah bagaimana dia mnjana kekuatan dn motivasi dirinya hingga dpt berada di tahap sekarang?

bagaimana dia dapat melalui setiap mata yg memandang akan apa yg di anugerahkan allah padanya itu???

pernahkan dia putus asa dgn hidup ini?

pernahkan dia menangis dngn apa yg di laluinya?

ya allah bnyak benar yg bermain di akalku sejak aku melihat dirinya.....

aku sngt rs silap kerana tidak bertnyakan ttg dirinya dgn lanjut pd hari tersebut....kerana perasaan ingin tahu yg amat membuak dlm diri ini sering mengintai meminta jwapan pada pelbagai persoalan yg ada...kerana iingin benar aku mencatatkan pelbagai catatan menarik dirinya, untuk dijadikan motovasi dlam kelana aku dibumi sementara ini...namun aku sngt malu pada ketika itu untuk berbuat demikian...huuuuuuuuuu

ya allah...aku jadi insaf dgn apa yg telah dia lalui..sesungguhnya aku terfikir kembali..kadangkala kesusahan orang lain itu menjadi kekuatan pada orang lain sperti aku dn kejadian tersebut....dan mugkin juga apa yang menjadi kelemahan padanya itulah yng mebuatkan dia terus gagah memperjuangkan kehidupannya dengan terus kuat...

kelemahan pemuda tersebut telah membuatkan aku untuk menginsafi segala kesilapan2ku..rungutan2ku...dan kelalaian aku sndiri...walaupon aku ini lebih smpurna anggota dari pemuda tersebut namun aku selalu mudah putus semngat, putus harapan dll ...

sejak dr itu,aku mula berfikir dgn lebih baik dan lebih bersyukur dngan apa yg telah aku perolehi kini. sesungguhnya, keperitan yg aku alami ini hanya secebis namun apabila diluaskan pandangan mata hati ini,barulah aku dapat menyusup hingga ke akar sebanrnya ada insan lain yang melalui saat2 hidupnya dengan lebih sukar,lebih derita cuma aku yang tidak cuba untuk menilai dan menyedarinya...allah huakkbar

ya allah ampunkanlah aku...................

Sunday, October 17, 2010

ya ALLAH...sakitnya...

tidurku agak lewat semalam....
hari ni terus aku datang bekerja seperti rutinnya..

selepas jam berbunyi menunjukkan pukul satu,aku terus capai tumbler aku dn terus ke bilik rehat untuk bersandar kerana terasa sedikit pening cuba menjengah di kepala...

sebelum aku masuk ke bilik tersebut,aku sempat melihat buku MIDI keluaran terbaru di atas meja anak buah ku, kepunyaan KAK SANIAH...
lantas aku capai dn membawa nya ke sofa untuk akau baca habuan peneman rehat yg semntara ada itu...

sangat terkesan dengan pelbagai ilmu baru yang dapat dngn membaca...namun aku tak dapat sngt untuk tumpu akan bacaan tersebut kerana denyut kepala ku semakin kuat...aku cabut spek dari mata dn memicit2 tengkuk namun ia x juga hilang...

ya allah..sakitnya kepala ini...

kemudian aku tamatkan bacaan...aku segera ke bilik air mencuci muka dan kembali ke bilik untuk teruskan tugas....

dalam pada aku menaip bait2 ini mata ini semakin berat dn pedih mungkin kesan dr sakit dan denyut yg berlaku di kepala ini....

ya allah....sangat sakit..
ya allah..aku terima sakit ini...
ya allah redakanlah dan hilangkanlah lelah ini agar aku bisa kembali focus dalam tugasan di hari isnin permula hari ini...amin

aku masih x dapat hilangkan sakit ini, denyutnya makin terasa...lalu aku cuba bersandar, menarik nafas perlahan lahan....memejamkan mata dan rehat seketika....

dalam hati, aku berbisik mahu waktu ini segera berlalu agar aku cepat pulang ke rumah kerana ingin benar aku baring dan lelapkan mata ini....

Saturday, October 16, 2010

seGAlanyA itu ketenTUAnnya...




Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku
di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di
hati...

Saturday, October 2, 2010

aku TABAH dalam rebah~



coretan di permualaan hari...meluah rasa paku dihati,

ya allah ku adukan resah ini padamu, moga kau menjadi peneman setiap helaan nafas yang berhembus...

segalanya sangat sukar untuk ditelan...berat untuk dipikul..payah diingat sukar dilupus...

ya allah tabahkan hati ini,agar langkahku kembali menjejak bumi,ayunan nya kemas kembali, tak lagi sepi seperti ini.

ya allah temanilah aku susah senangku agar aku dekat padamu,agar jatuh bangun ini hanya untukmu...

dalam meniti kepayahan yang jenuh ini,hanya air mata mampu menemani,kerana tiada siapa yang mengerti...namun aku redha...

ya allah terima kasih kerana dalam duka kau tetap berikan ku cahaya, mengurniakan beberapa isi alam menjadi penguat jalan dalam meneruskan kelana dunia....

walau jauh di kejauhan yang merentasii namun ilmu diberi sangat dekat dihati...mereka sentiasa kuat menjadi pembimbing...

aku makin pulih...alhamduillah,mungkin ini doa dari mereka juga...yang salu harapakn aku bahagia, tertawa semula...

d dan z terima kasih kerana salu ada,walau bukan dimata namun dihati tetap salu lekat dlm jiwa...terima kasih... doa ku,moga kamu berdua salu bhagia dititipkan barokah dlm apa jua perkara amin...

antara yang diberi ingin benar dikongsi,
mudah2han yang bersituasi begini, dapat menjadikan pedoman melalui hari-hari nanti...

1. "Biasakanlah melafazkan "Ya dzal jalali wal ikram." (Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemulian)

2.ketahuilah bahawa manusia itu lemah. Dia perlukan pertolongan..
jangan sesekali berputus asa dengan rahmat tuhan..kerana,

"Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf, 12:87)

3.Allah swt memberikan ujian kepada hambanya, adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita,
untuk kita sedar bahawa tidak ada jalan lain, hanya Dia sahaja yang mampu membantu kita.
Sekiranya kita tidak sedar hakikat tersebut, maka ujian itu hanya menjadi membuahkan kemaksiatan
dan kesyirikan dalam hati.

4.banyakkan istigfar...bila dh x tertahan pejamkan mata dan zzzzzz...tido..

5.Dampingilah sahabat-sahabat yang baik, yang boleh memberikan nasihat-nasihat
berguna. Allah menyalurkan kasih sayangnya melalui hambaNya yang bertaqwa.





ya allah terima kasih kerana menemukan kami...ya allah ku pohon padamu,berkatilah persahabatan yang terjalin ini,beri kami kekuatan agar kami teguh dalam menjaga hati-hati kami...amin... semoga sejahtera salu kalian semua...

Thursday, September 30, 2010

hadiah dari ALLAH...


ALHAMDULILLAH...pagi ini aku masih dapat terus melangkah dengan tenang menelusuri hari2 getir hidupku..

pagi ini, sedang aku memandu terpandang kiri dan kanan langit...sangt terkejut dan teruja kerana dapat lihat PELANGI yang sngt terang warnanya...

alhamdulillah rasa sngt tenang dan sejuk mata hati tatkala pandangan di hala kearahnya....dalam rebah aku masih diberikan hadiah ini, terima kasih allah kerana menghadiahkan pelangi ini yang sekurang-kurangnya memberi diri ini kekuatan untuk terus berdiri....

ya allah,kini aku sangat lemah,aku doa sngt, aku harap amat kekuatan darimu terus mnjadi penyluh jalan....memberi petunjuk benar dalam aku memilih jalan ini...

PELANGI ITU hanya dimata ini....

Saturday, September 25, 2010

INPut untuk penYembuhAN




ermmmm..sngt letih sbenarnya ni,br balik dr taiping ade trip ngan kawan-kawan...untuk menulis ni pon sngt tidak mampu dan sngt malas untuk menulis lagi ni..

sebenarnya...aku masih tidak sembuh dari kecederaan yang berlaku....kerana aku sngt susah untuk bt sesuatu yg aku xsuka untuk buat tanpa ada kerelaan hati..

sebab menulis ni aku x boleh paksa, sebab aku hanya dapat lancar menaip butir-butir kata dengan laju dn lancar tatkala aku ingin menulis dengan JIWA bukan dengan kata-kata...itulah AKU!

sebenarnya,aku sangat-sangat tidak mampu untuk hadirkan diri ke program tu sebenarnya, namun untuk menjaga hati rakan-rakan yang sangat2 berharap akan kepergian aku bersama mereka, aku gagahkan jua untuk menyertai mereka....

alhamdulillah,semuanya berjalan lancar walaupon hati ini masih dalam proses penyembuhan dari kecederaan lalu....


ermmm..special thanks to all my frend yg terlibat dlm trip hr ni,nk pohon bebanyak maaf klu ada yang terlebih dn terkurang kiranya datang dari insan kerdil ini..sangat pohon bebanyak kemaafan dari kamu semua...

ermmm...dalam meneruskan percutian singkat bersama teman-teman, namun sebenarnya HATI aku bukan dengan diaorang,HATI aku berada jauh menjelajah kenangan lalu yang jauhnya sangat jauh, hanya mata dan akal ini yang tahu segala-galanya kerana merekalah yang merakam saat-saat dan detik itu bermula dan bertitik tolak hinggalah ia menjadi penamat yang membuatkan aku rasakan SIANG SEAKAN MALAM yang aku tidak nampak akan proses kejadiannya, namun ia tetap berlabuh dengan gelapnya..dan GELAPNYA MALAM kurasakan sangat pantas berlari untuk aku menemui siang yang lain pada hari berikutnya......entahlah..sampai bilakah ini semua akan terus berjalan melalui hati ini?

tatkala ini madah2 ini sangat mengcengkam hingga menitiskan buih2 halus di dalam hatiku,aku hanya mampu menangis dan menangis dalam hati.....itulah rutin yang selalu jadi peneman sejak kecederaan itu berlaku...hingga saat ini...


segala-galanya telah berubah sejak kejadian itu berlaku,segala-galanya sangat berbeza, dan yang sangat membuatkan aku terus tersenyum dengan senyuman yang aku cuba lukiskan dengan pena kekuatan iman ini, adalah kekuatan pada ALLAH SWT yang senantiasa aku pohon dalam setiap helaan nafasku sebenarnya....entahla bagaimana gambaran senyuman ku itu, hambar? buat2? tawar? lakonan? entahla aku tidak pernah pon untuk fikirkan tentang hasil senyumanku itu, kerana sejak aku sakit ni,aku sudah jarang untuk bersolek dicermin jarang sekali ingin melihat cermin..kalau tengok pon sekadar membetulkan apa yang perlu sahaja, kemudian aku terus berlalu...berlalu dengan sejarah dulu yang pernah buat aku tersenyum penuh makna~

jika kekuatan itu tidak hadir entahla apa yang akan jadi, aku pon tidak dapat untuk fikirkan....

alhamdulillah...walaupon ujian ini sngat meragut separuh semangat diri,aku tetap terus berjalan mengikut rutin seperti biasa...sebab segalanya aku pusatkan hanya dihati....HATI ini diari eksklusif aku, yang segalanya aku akan madahkan semahunya kala aku perlu...

Disini aku nak rakamkan sebaik mungkin ucapan TERIMA KASIH pada teman2 yang bnyak membantu...bnyak memberi kekuatan, yang bnyak memberi sumber inspirasi dan library bergerak untuk aku jadikan sumber kekuatan dalam menjana pelan jangka panjang hidupku...mudah2han apa yang korang sedekahkan padaku mendapat nilai disisi ALLAH SWT amin....


terima kasih jugak buat seorang teman ini,yang telah sudi berikan ini yang sangat buatkan aku tersedar seketika dari lamunan lamaku...mudah2han kesedaran ini akan membuahkan kekuatan untuk aku sembuhkan sakit ini..insyaallah...

semoga hati yang luka, sembuh kembali.
banyakkan mendekatkan diri dengan allah
banyakkan tahajud dan taubat.......

Wednesday, September 8, 2010

RAmadhan akan pergi...~


hari ni 30 ramadhan...sahur terakhir....sebelum menjelang hari esok, dalam beberapa hari ke hari ini,hati aku sngt sayu dn sebak bila mengenangkan ramadhan dan syawal yang menjelang silih berganti ini......ditahun2 sebelum ni,tiada pon walau secebis rasa begini yang aku kira sangat luar biasa kerana aku selalunya akan gembira bila ramadhan akan pergi kerana aku girang x sabar untuk menjemput syawal....

namun kali ini benar2 berbeza...dan saat aku mencoretkan warkah ini sedang kedengaran azan yang lunak di masjid untuk segera menunaikan solat subuh...

kala ini sangat syahdu kerana tiap2 saat yang aku lalui hanya berteman saksi aku dan pencipta ku yang maha agung...ya allah kaulah saksi segalanya...terima kasih kerana selalu hadir dalam setiap langkahku yang kadangkala lemah dan longlai bila diuji, namun kini aku makin pulih dari kecederaannya.....

barangkali jua inilah kekuatan yang diberikan nya untuk aku kembali mencatakan sesuatu di blog ini...sesungguhnya sebelom2 ini ingin benar aku kembali bermain kata-kata disini namun akibat kesibukan tugas,masa yang terhad dan yang paling utama aku belom punya kekuatan untuk kembali menulis kerana tahun ini banyak sangat kenangan yang menerjah benarku yang bisa membuatkan buih-buih halus ini gugur menemani setiap titipan kata aku disini...aku x punya kekuatan untuk itu...

jadi langkah terbaik yang aku lakukan ialah berhenti seketika untuk aku bisa tenang kembali seperti sebelum ni.....

ermmm...sebelum aku akhiri, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang pernah berhubung secara langsung atau pon tidak langsung dengan aku...jika ada salah dan silap aku pohon sejuta kemaafan....

bt teman2 seperjuangan, teruskan perjuangan walaupon kita dh di kejauhan yang merentasi...aku disini walau tangis biarlah itu dalam hati....seperti selalu tangis itu dalam hati....

aku doakan kalian akan terus bahagia!!! sesungguhnya kenangan yang korang berikan xpernah sesaat lekang dari ingatan...sentiasa mengintai inginkan perhatian...cuma aku yang sering mengabaikannya agar aku bisa terus tabah untuk secebis amanah dari allah ini....

special thanks to my special person with luv of allah:

1.my big boss mr zaki
2.mr azhar
3.kak nani
4.en lokman
5.liza
6.adiklin
7.ct
8.mr rosli/abee liiii
9.is
10.semua2 yang pernah memberikan sesuatu untuk aku memperbaiki kenderaan ku untuk aku teruskan kembara perjalanan ini.............................